Zahiril Adzim Kongsi Simptom Mengejutkan, Netizen Minta Segera Jumpa Doktor – “Dada Terasa Berat, Nafas Pendek”

Zahiril Adzim Kongsi Simptom Mengejutkan, Netizen Minta Segera Jumpa Doktor – “Dada Terasa Berat, Nafas Pendek”

Pelakon, Zahiril Adzim meraih perhatian apabila berkongsi simptom kesihatan yang dipercayai sedang dialaminya sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Zahiril atau nama penuhnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, memaklumkan dia berdepan beberapa tanda fizikal yang membuatkan dirinya tidak selesa.

“Heavy chest, shortness of breath, unexplained nervousness, rapid heartbeat, and shaky hands,” tulisnya ringkas.

Perkongsian aktor filem Malbatt: Misi Berdarah itu mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen apabila rata-rata pengikut meluahkan rasa risau terhadap keadaannya.

Malah, ramai yang tampil menasihatinya supaya segera mendapatkan rawatan serta menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi memastikan tiada masalah serius yang dihadapi.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA ciapan tersebut telah pun dipadam olehnya.

Scroll to Top