Pelakon Nora Danish berkata bekas suaminya, Nedim Nazri berhak untuk bercinta serta mendapat kebahagiaan dengan wanita yang dicintainya.
Memetik Harian Metro, Nora berkata dia mendoakan yang terbaik buat Nedim serta mengatakan bapa kepada anaknya itu sememangnya berhak bahagia.
BACA: “Carilah Pasangan & Sahabat Yang Saling Menegur, Bukan Jadikan Kita Lebih Kufur”
“Tentang hubungan bekas suami saya, Nedim dan juga wanita yang hadir dalam hidupnya (Nadia Brian), cuma apa boleh saya katakan dia berhak bercinta dan mendapatkan kebahagiaan sendiri.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk Nedim sebab dia memang berhak bahagia,” katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada anaknya iaitu Mohamed Neqayl atau Ney Ney ada berkongsikan apa-apa selepas bertemu dengan kekasih bapanya, Nora berkata anaknya menerima pilihan Nedim.
“Tak ada kata apa-apa. Dia (Ney Ney) okay sahaja,” katanya.
Sumber: Harian Metro



