
Araghchi (kiri) bersalaman dengan al-Busaidi ketika bertemu di Muscat.
MUSCAT – Rundingan yang dinantikan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) akhirnya berlangsung di ibu kota Oman pada Jumaat.
Ia merupakan pertemuan pertama sejak Washington mengebom kemudahan nuklear Teheran ketika perang selama 12 hari pada Jun 2025.
Delegasi Iran diketuai oleh Menteri Luar, Abbas Araghchi manakala Wakil Khas, Steve Witkoff mewakili AS.
Teheran dalam satu kenyataan menegaskan ia sedia mempertahankan diri daripada sebarang tuntutan melampau Washington selepas Presiden Donald Trump berulang kali mengugut negara tersebut supaya tunduk dengan syarat ditetapkan mereka atau bakal berdepan akibat lebih dahsyat.
“Kami akan mengambil pendekatan menggunakan diplomasi untuk menjamin kepentingan kami,” ujarnya ketika bertemu rakan sejawatannya di Muscat, Badr al-Busaidi.
China dalam satu kenyataan turut menzahirkan sokongan terhadap Iran dan menentang perbuatan ‘buli unilateral’. – AFP
Ringkasan AI
- Rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat berlangsung di Oman
- Pertemuan pertama sejak Washington mengebom kemudahan nuklear Teheran
- Abbas Araghchi dari Iran dan Steve Witkoff dari AS mewakili negara masing-masing
- Iran bersedia mempertahankan diri daripada tuntutan melampau Washington
- China menyatakan sokongan terhadap Iran dan menentang perbuatan ‘buli unilateral’



