Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang

Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang

Laporan Sinar Harian berhubung gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, 7 cedera

JAKARTA – Jumlah mangsa yang cedera akibat gempa bumi bermagnitud 6.4 di luar pesisir Pacitan, Jawa Timur, awal pagi Jumaat meningkat kepada 40 orang, manakala 224 orang terjejas, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB Abdul Muhari berkata berdasarkan laporan situasi setakat 5 petang, Jumaat, gempa bumi itu memberi kesan kepada tiga wilayah dan lima daerah.

“Di Wilayah Jawa Timur, 29 rumah, sebuah fasiliti pendidikan dan sebuah balai desa terjejas. Di Wilayah Jawa Tengah, 18 rumah, lima fasiliti pendidikan serta masing-masing sebuah rumah ibadat, fasiliti kesihatan dan fasiliti awam dilaporkan terjejas.

“Sementara itu, di Yogyakarta, lapan rumah dilaporkan terjejas, selain fasiliti kerajaan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Abdul Muhari berkata, operasi tindak balas kecemasan dan pengumpulan data lanjut masih diteruskan, sambil menjelaskan BNPB sedang menjalankan pemantauan intensif dan penyelarasan dengan Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) di wilayah dan daerah yang terjejas.

Beliau berkata, BNPB menyediakan sokongan penyelarasan, memperkukuh sistem arahan tindak balas kecemasan serta memastikan kesiapsiagaan sokongan sumber mengikut keperluan di lapangan. – Bernama

Ringkasan AI

  • Gempa bumi bermagnitud 6.4 di luar pesisir Pacitan, Jawa Timur, menyebabkan 40 orang cedera
  • Sebanyak 224 orang terjejas akibat gempa tersebut
  • Gempa bumi memberi kesan kepada tiga wilayah dan lima daerah
  • Sejumlah bangunan termasuk rumah, fasiliti pendidikan, rumah ibadat, fasiliti kesihatan dan fasiliti awam terjejas
  • Operasi tindak balas kecemasan dan pengumpulan data lanjut masih diteruskan oleh BNPB
Scroll to Top