Along Eyzendy Kritikal, Isteri Minta Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah | Trending – Oh! Media

Along Eyzendy Kritikal, Isteri Minta Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah | Trending – Oh! Media

Trending

Isteri Along Ezendy kongsi perkembangan terkini apabila pelakon itu ditidurkan di ICU dan mesin bantuan akan dicabut dalam masa terdekat.


Isteri kepada pelakon Along Eyzendy berkongsi perkembangan terkini yang cukup meruntun perasaan apabila memaklumkan suaminya kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Isteri Along Eyzendy mohon doa dan Al-Fatihah

Menerusi perkongsian Zalif Sidek di Instagram, isteri Along Ezendy merayu agar rakan-rakan serta orang ramai menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan yang terbaik buat suaminya.

Assalamualaikum, mari kita sama-sama berdoa kepada sahabat kita Mohd Ezendy B. Mohd Aziz atau @alongeyzendy.

Luahan tersebut jelas menggambarkan keperitan dan harapan seorang isteri yang kini hanya berserah kepada Allah SWT.

Orang ramai turut sama mendoakan

Along

Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian ramai apabila netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa, kata-kata semangat dan sokongan buat Along Ezendy serta keluarganya agar terus kuat menghadapi dugaan ini.

Pssttt! Dalam saat getir begini, doa adalah senjata paling kuat. Hargailah insan tersayang dan sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka, sama ada ketika sihat mahupun diuji.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top