(Al-Fatihah) Pelakon Along Eyzendy Meninggal Dunia

(Al-Fatihah) Pelakon Along Eyzendy Meninggal Dunia

Trending

Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia di sisi ahli keluarga.


Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon berbakat, Along Eyzendy yang menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Ahad.

Memetik laporan mStar, Allahyarham Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.16 pagi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Isteri arwah Hamidah Mohd Yatim memaklumkan beliau pergi dalam keadaan tenang di sisi ahli keluarga.

Ditidurkan akibat pendarahan serius

Along Eyzendy

Terdahulu, Hamidah memaklumkan kesihatan suaminya semakin merosot selepas dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu.

Hamidah memohon orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah memohon kesembuhan suaminya yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Along Eyzendy

Difahamkan, Allahyarham sebelum itu mengalami demam dan batuk berpanjangan. Hasil pemeriksaan mendapati kemungkinan terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu, menyebabkan komplikasi serius.

Pssttt! Pemergian Along Eyzendy satu kehilangan besar buat industri seni negara. Beliau dikenali dengan bakat lakonan yang tersendiri dan komitmennya terhadap setiap watak. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top