Daler Yusuf Terkilan Individu Hina Solekan Anak – “Semoga Kau Diberi Hidayah”

Daler Yusuf Terkilan Individu Hina Solekan Anak – “Semoga Kau Diberi Hidayah”

Pelakon, Daler Yusuf meluahkan rasa berang apabila ada individu tidak bertanggungjawab mengkritik solekan anaknya seperti pelacur.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Daler atau nama lengkapnya, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, terkilan anak perempuan berusia sembilan tahun menjadi mangsa buli siber.

“Memanggil anak perempuan saya yang berusia 9 tahun dengan gelaran seperti itu, kamu memang benar-benar kejam!,” luahnya.

Meskipun terkesan dengan komen bersifat negatif itu, Daler bagaimanapun mendoakan agar individu tersebut mendapat hidayah.

“Semoga Allah bagi kau hidayah,” katanya.

Sebelum ini, Daler menjadi sebutan ramai apabila dia secara terbuka mempertikaikan tindakan pelakon, Puteri Balqis yang didakwa mendedahkan aib rakan selebriti, Mia Sara Nasuha ekoran konflik antara mereka.

Artikel Berkaitan: “I Am Totally Against Bullying” – Nafi Dakwaan Masuk Campur, Daler Yusuf Sokong Puteri Balqis

Scroll to Top