Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala

Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala

Yala: Seorang anggota tentera yang bertugas menjaga keselamatan pilihan raya umum Thailand cedera selepas terlibat dalam satu insiden letupan bom di Daerah Bannang Sata, Yala pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Pusat Penerangan Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata dalam kejadian 4.35 petang, mangsa yang berusia 20-an itu yang sedang melakukan rondaan menggunakan kereta perisai berhampiran pusat mengundi.

“Ketika di tempat kejadian, satu letupan bom berlaku menyebabkan kereta perisai terbalik dan mangsa yang berada di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan,” menurut kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top