“He Is The Father Who Step Up ”- Sebak! Puteri Balqis Titip Ucapan Terima Kasih, Kongsi Pengorbanan Ayah Tiri

“He Is The Father Who Step Up ”- Sebak! Puteri Balqis Titip Ucapan Terima Kasih, Kongsi Pengorbanan Ayah Tiri

“Faris bersuara orang kata dia tak ada hak, padahal dia yang witness apa jadi dan apa yang kami kena”, demikian respons pelakon Puteri Baqis ketika masyarakat mula menuding jari terhadap ayah tirinya susulan kontroversinya dengan pelakon cilik, Mia Sara.

Menurut Aqish, semangat untuk kembali berlakon adalah disebabkan keluarganya kini sudah lengkap dengan keberadaan ayah tirinya itu.

“Saya dapat semangat untuk ‘comeback’ kerana sudah complete. Sebelum ni saya dengan ibu sahaja dan kali ni saya dah ada Apak (panggilan untuk Faris).

“Dia individu yang sangat-sangat menjaga mental kami. Walaupun satu emoji yang dirasakannya tak kena, dia akan block. Dan daripada situ saya rasa terjaga. Termasuklah, kalau saya datang set, dia akan sediakan satu ruang untuk saya berseorangan, baca skrip dan sebagainya. Dan dari situlah, saya dapat rasa protection daripada seorang ayah,” katanya ketika ditemu bual menerusi temu bual podcast Sembang Ohh Yeahhh!.

Tegas Aqish, keikhlasan dan kesetiaan yang ditunjukkan Faris terhadap dirinya dan ibunya membuatkan dia berasa seperti kanak-kanak normal lain, apatah lagi ayah tirinya itu sentiasa mengambil berat tentang kesihatannya.

Malah, meskipun Faris sekadar ayah tiri, namun Aqish menyifatkan dia adalah figura ayah diimpikannya selama ini.

“Saya sebenarnya ada banyak benda nak cakap dekat Apak. Saya tak suka menangis walaupun saya kerap dapat karakter nangis.

“Apa yang saya nak katakan adalah, terima kasih banyak-banyak dekat Apak because i grow up with only one woman that act like a man. Dialah ayah, dialah ibu, dialah kawan, dialah semuanya.

“Jadi untuk ada figura ayah walaupun ia bermula daripada kawan, setia itu menjadi benda yang sangat mahal bagi kami yang dah pernah khianat berkali-kali. Terima kasih banyak-banyak Apak.

“Dengan Faris sahaja saya dapat jadi budak-budak normal dan bukannya dipaksa.Orang kata Apak ni tiba-tiba masuk dalam hidup saya tapi orang tak nampak, hari-hari yang saya menangis sampai susah nak bernafas dialah orang yang akan tunggu depan lif. Kira saya punya pernafasan, dia yang akan sentiasa ada.

“He is not a stepfather, he is the father who step up. Ayah yang sepatutnya saya ada,” jelasnya.

Scroll to Top