Oh! Tidak
Isteri serang suami warga emas di hotel bajet, dakwa curang 3 jam dengan wanita Indonesia.
Tular di platform Thread satu video memaparkan isteri ‘ganyang’ wanita Indonesia yang didakwa mengganggu suaminya.
Dalam video berkenaan, isteri mendekati wanita berkenaan yang baru keluar dari hotel menuju ke kereta. Si isteri menarik tudung dan memukulnya berkali-kali.
Suami ugut tak mahu pulang ke rumah
Selepas itu, si isteri menyerang pula suaminya yang didakwanya telah ‘check in’ hotel bajet berkenaan selama tiga jam.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian ini berlaku di Seremban melibatkan seorang warga emas, isterinya dan seorang wanita Indonesia.

Walaupun pada mulanya si suami kelihatan tenang, namun dia mula berang apabila isterinya tidak berhenti dan menyerang semula wanita Indonesia itu.
Dalam kekecohan tersebut, lelaki itu sempat menyuarakan bahawa dia tidak akan balik ke rumah lagi selepas kejadian itu.
Namun begitu, menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian terbabit setakat ini.
Seorang individu jelaskan hal sebenar
Di ruangan komen perkongsian di Thread, seorang individu tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Dakwanya, warga emas berkenaan dalam proses bercerai dan dia ke hotel berkenaan untuk mengambil pelanggannya.

Dakwanya lagi, keluarga kandung warga emas ini dalam proses membuat laporan polis ke atas video fitnah yang tersebar.
Pssttt! Kalau betul berlaku curang, memang menyakitkan. Tapi bertindak secara fizikal bukan jalan penyelesaian. Harapnya pasangan ini dapat selesaikan secara matang dan elak dari terus membuka aib sendiri di khalayak ramai.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




