Penganggur bunuh teman wanita dituduh esok

Penganggur bunuh teman wanita dituduh esok

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Penganggur yang disyaki membunuh bunuh teman wanita di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Damai II, di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Yong Peng, esok.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kes dirujuk kepada pihak pendakwaan selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pejabat Pendakwa Raya Negeri (PPN) meneliti kertas siasatan dan bersetuju untuk mendakwa suspek berusia 44 tahun itu,” katanya ketika dihubungi.

Pada 30 Januari lalu, polis menemui wanita berusia 41 tahun meninggal dunia dipercayai tiga hari sebelumnya di dalam bilik sebuah rumah di Taman Damai II.

Turut ditemui, suspek yang dalam keadaan kritikal dipercayai cuba membunuh diri. Siasatan polis mendapati suspek menekap mangsa dengan bantal hingga maut, dipercayai akibat cemburu.

Lelaki tekup muka kekasih dengan bantal hingga mati kerana cemburu – Polis

Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, namun tindak balas perlahan – Polis

Polis dedah perkembangan terkini kes pembunuhan teman wanita

Wanita hilang ditemukan mati, dipercayai dibunuh kekasih

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top