Pemergian pelakon berbakat, Allahyarham Along Eyzendy sememangnya mengejutkan ramai pihak. Namun yang paling terasa selain isteri pastinya anak kepada arwah yang dikenali sebagai Eyman. Ini pabila dia sendiri berkongsi rasa rindu yang tak terluah terhadap ayahnya.
Eyman turut mendedahkan satu janji terakhir yang dibuat bersama arwah sebelum pemergian itu. Momen itu dikongsikan menerusi satu hantaran menyentuh hati di TikTok.
Along Eyzendy dirawat tanpa ramai tahu

Dalam perkongsian tersebut, Eyman memaklumkan bahawa arwah ayahnya sebenarnya sudah lama menerima rawatan di hospital. Namun, perkara itu tidak pernah diberitahu kepada orang lain oleh arwah sendiri.
Ayah memang dah lama warded, tapi dia tak beritahu sesiapa, sebelum balik asrama saya sempat pergi melawat arwah.- Katanya.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, Eyman turut mendedahkan janji terakhir arwah bapanya. Rupanya, mereka berdua pernah berjanji untuk bersama-sama mengambil keputusan SPM apabila tiba masanya nanti.
Ayah janji nak ambil keputusan SPM dengan saya. Tapi Allah lebih sayangkan dia, saya sangat rindu ayah.- Katanya.
Along Eyzendy meninggal dunia pada usia 47 tahun

Untuk info, Allahyarham Along Eyzendy meninggal dunia pada Ahad lalu pada usia 47 tahun. Beliau sebelum itu telah dirawat selama tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Eyman juga sempat melawat ayahnya buat kali terakhir sebelum pulang semula ke asrama. Kenangan itu pastinya akan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya.
Walaupun kehilangan itu amat berat, Eyman tetap tabah berkongsi momen terakhir itu kepada umum sebagai tanda cinta dan penghormatan kepada ayah tersayang.
Pssttt! Ohmedia harap korang hargai setiap masa dengan ahli keluarga, terutama ibu bapa. Kadang satu pelukan terakhir pun boleh jadi kenangan paling bermakna seumur hidup.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




