PGA rampas rokok elektronik dan perisa vape bernilai lebih RM3 juta di Pantai Timur

PGA rampas rokok elektronik dan perisa vape bernilai lebih RM3 juta di Pantai Timur

am@hmetro.com.my

Kota Bharu : Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok elektronik dan perisa vape pelbagai jenis bernilai lebih RM3 juta melalui Op Bersepadu E-Cigarette Mega membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, semalam.

Komandernya, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya menjalankan 18 serbuan membabitkan premis lapan premis di Kuantan, tiga di Terengganu dan tujuh di Kelantan.

“Operasi membanteras rokok elektronik dan cecair vape dijalankan serentak semalam, selama empat jam bermula 2 petang sehingga 6 petang membabitkan

“Seramai 157 orang anggota PGA ,100 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta 59 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

dan 25 pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terbabit dalam operasi berkenaan.

“Beberapa premis didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi kesihatan Awam 2024 (Akta 852) Undang- undang Kecil Perlesenan Tred dan Perindustrian 2019 dan lain-lain tred,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ahmad Radzi berkata, PGA akan terus bekerjasama dengan agensi keselamatan lain bagi mengawal keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan serta kemakmuran negara.

Jelasnya, pihaknya juga mengharapkan orang awam untuk menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras kegiatan penjualan rokok elektronik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top