Agong Bertegas Isu Kuil Haram Perlu Diselesai

Agong Bertegas Isu Kuil Haram Perlu Diselesai

Oh! Negara

Agong titah isu agama jangan dipolitikkan demi kekalkan perpaduan negara.


Ramai yang suka jadikan isu agama sebagai modal politik, tapi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dah bertitah dengan tegas. Dalam kenyataan rasmi, Baginda titah semua pihak tak boleh sewenang-wenangnya mempolitikkan isu agama sampai boleh jejaskan keharmonian negara.

Malaysia ni berdiri atas dasar keharmonian dan tolak ansur, sebab tu Baginda ingatkan rakyat supaya jaga nilai-nilai saling menghormati dan ikut undang-undang. Kalau isu agama pun dijadikan bahan politik, habislah semangat muhibah yang kita bina selama ni.

Agong tegaskan hormat undang-undang dalam isu rumah ibadat

Sultan Ibrahim turut tegaskan semua pihak kena patuh pada undang-undang sedia ada, termasuk hal pembinaan rumah ibadat. Menurut Baginda, isu pembinaan kuil misalnya, perlu ikut prosedur dan saluran undang-undang sama macam pembinaan masjid, gereja atau tokong.

Penganut agama lain juga wajar menunjukkan sikap hormat terhadap Islam. Pendekatan saling menghormati ini penting bagi mengelakkan salah faham, ketegangan dan provokasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan budaya.- Titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim juga kongsi pengalaman Baginda sendiri masa bertindak sebagai pendamai satu isu sensitif dulu. Pada Januari 2018, Baginda pernah selesaikan satu isu perobohan kuil di Johor dengan cara berhemah dan ikut landasan undang-undang.

Saya sendiri menyelesaikan masalah berkenaan secara baik serta menasihatkan semua pihak yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini serta menjaga ketenteraman awam.- Titah Baginda.

Islam ajar hormat, bukan perbalahan

Baginda juga tekankan bahawa Islam itu sendiri ajar umatnya untuk saling hormat-menghormati, bukan mencetuskan perbalahan.

Agama Islam menekankan prinsip saling hormat-menghormati antara sesama manusia, dan Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan serta ibadat masing-masing.- Titah Baginda.

Yang paling penting, Sultan Ibrahim ingatkan semua pihak supaya jangan keluarkan kenyataan yang boleh cetuskan kekeliruan atau perpecahan rakyat. Dalam negara berbilang kaum macam Malaysia, provokasi dan sentimen agama sangat bahaya kalau disalah guna.

Pssttt! Ohmedia harap korang semua lebih berhati-hati bila berbicara pasal agama. Jangan mudah terpancing dengan provokasi dan sentiasa ingat, hormat sesama kita tu asas keharmonian negara.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top