Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan segelintir netizen yang mendakwa dirinya tidak tegas menegur ahli keluarga sendiri, sebaliknya lebih lantang menasihati kesalahan orang lain.
Tak pernah setuju dengan maksiat

Menerusi satu hantaran di Threads, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hijrah yang berbeza dan tidak boleh disamakan antara satu sama lain.
Menurutnya, sebagai manusia, kewajipan yang perlu dilakukan adalah berusaha sedaya upaya dengan pendekatan penuh hikmah dalam menyampaikan teguran.

“Setiap orang melalui proses hijrah-Nya atas tangungan dirinya telah diwajibkan perintah Allah jalawa’la.
“Soal kita mampu atau tidak, kita senantiasa usaha, dengan cara sehabis daya. Hikmah dan kecerdikkan menjadi senjata utama kita. Terutama dalam Menegur,” ciapannya, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, suami kepada selebriti Neelofa itu turut mengingatkan agar masyarakat tidak mudah menghukum perjalanan hidup seseorang apatah lagi dalam urusan agama.
“Menceritakan proses dengan meremehkan ajaran-Nya itu kita elakkan.
“Walaupun mungkin niatnya baik cara tidak menghalalkannya, jadi simpanlah kurang cerdik kepada diri sendiri kerana dikhuatiri tuhan memarahinnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, PU Riz turut menjawab secara terbuka kecaman yang diterimanya berkaitan dakwaan kononnya dia gagal menjalankan tanggungjawab menegur ahli keluarganya sendiri.

“Kepada yang akan komen ‘elok tengok cermin dulu kot‘, ‘pergi tegur adik adik dululah’, ‘saya suggest pusing area area keluarga dulu,” pintanya.
Sementara itu, dia menegaskan sekali lagi bahawa tidak pernah berkompromi atau bersetuju dengan sebarang bentuk maksiat, selari dengan tuntutan hadis Nabi SAW yang menyeru agar kemungkaran dicegah mengikut kemampuan.
“Ini jawapan saya, pertama tidak pernah kita setuju dengan maksiat ini seiring hadith nabi tentang sesiapa yang lihat kemungkiran mesti dicegahnya.
“Secara diam dan terbuka telah pun konsisten saya menyebut mengenai-Nya,” terangnya
Artikel lain: PU Riz luah rasa syukur, titip ucapan ulang tahun buat Neelofa
Tambahnya lagi, dalam konteks kehidupan berkeluarga yang besar, pendekatan menegur memerlukan kebijaksanaan serta istiqamah, bukan kecaman terbuka tanpa arah.
PU Riz juga turut berkongsi tafsiran ayat al-Quran berkaitan menjaga keluarga daripada api neraka lebih tertumpu kepada tanggungjawab terhadap ahli rumah terdekat seperti isteri dan anak-anak.
Sumber: Threads hrisbismail




