Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menegaskan dia kini mahu mencari seseorang yang boleh ‘maintain’ segala kehendaknya atau memberikan yang lebih baik daripada apa yang dimilikinya sekarang.
Katanya menerusi perkongsian di Instagram Stoy (IGS), setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang itu adalah berdasarkan pilihan masing-masing.
“Sudah semestinya anda mahu seseorang yang boleh ‘maintain’ kehendak awak atau berikan yang lebih bagus. Unless you enjoy having life problems. Your life your choice babe,” katanya.

Dalam pada itu, bekas kekasih aktor popular Indonesia, Jefri Nichol ini sempat berkongsi beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam memilih pasangan hidup antaranya, agama, akhlak, keturunan, harta dan sekufu atau kafaáh.

Sebelum ini, Ameera menerusi sepotong video pendek mengakui, dia sebenarnya sudah lama ‘move on’.
Malah, dia kini lebih mengutamakan lelaki yang bukan sahaja berkeperibadian baik, malah mempunyai kestabilan kewangan.
ARTIKEL BERKAITAN:Ameera Khan Akui Dah Lama Move On, Jawab Gosip Mengenai ‘Gewe’ Baharu
ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Fasa Hidup Yang Berakhir Demi Kebaikan” – Ameera Khan Tutup Lembaran Lama, Tegas Tiada Siapa Perlu Dipersalahkan
ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Lain Boleh Cakap Apa Je Tapi Tak Boleh Jadi Macam Awak”- Noor Nabila Titip Pesanan Padu Buat Ameera Khan Sempena Sambutan Hari Lahir




