Oh! Inspirasi
Haikal, 15 tahun dari Shah Alam, menang RM500,000 dalam pertandingan memancing di Kuala Selangor!
Seorang remaja dari Shah Alam berjaya tarik perhatian ramai apabila dia dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan memancing dekat Den Kolam Pancing, Kuala Selangor. Inilah namanya rezeki tak salah alamat, baru berusia 15 tahun dah sapu hadiah utama RM500,000.
Pertandingan ni berlangsung pada hari Ahad dan kemenangan dia memang luar biasa. Mana taknya, dia berjaya naikkan ikan seberat 2.15kg, hampir sama dengan berat sasaran pertandingan iaitu 2.2kg.
Reman teman ayah, tak sangka menang besar
Menurut Haikal, dia sebenarnya cuma ikut ayah dia ke kolam pancing tu. Tak ada niat nak bertanding sangat pun, tapi rezeki memang tak salah alamat. Dengan hanya guna umpan ulat roti, Haikal berjaya kalahkan semua peserta lain dan terus bawa pulang setengah juta ringgit!
Bukan Haikal je yang bawa balik hadiah, tempat kedua pun tak kurang hebatnya. Pemenang kedua berjaya bawa pulang RM40,000 dan tempat ketiga pula dapat RM20,000. Tapi macam mana pun, spotlight tetap dekat Haikal sebab umur dia baru 15 tahun tapi dah jadi jutawan kecil.
RM500,000 nak bagi mak ayah
Bila ditanya apa dia nak buat dengan duit sebanyak tu, jawapan Haikal buat ramai yang tersentuh. Walaupun masih muda, Haikal nampaknya dah ada nilai yang tinggi dalam diri dia. Hormat dan sayang pada ibu bapa memang patut jadi contoh.
Saya nak bagi RM500,000 kepada mak ayah.- Katanya.
Mungkin ramai tak sangka umpan sesimple ulat roti pun boleh bawa tuah besar. Tapi itulah yang digunakan Haikal sepanjang pertandingan tu. Strategi atau sekadar rezeki, apa pun caranya, kemenangan Haikal memang jadi buah mulut kaki pancing seluruh Malaysia.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan pandang rendah pada peluang walau sekecil mana pun. Kadang-kadang benda simple macam ulat roti pun boleh ubah hidup korang!
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




