norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon Nad Zainal, 36, berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil cahaya mata keempat yang juga anak kedua dengan suaminya, Ungku Ismail Aziz, 40.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin mengesahkan kehamilannya itu menerusi hantaran dimuatnaik di Threads sekali gus menjawab pertanyaan netizen.
Kebanyakan netizen terdahulu mendakwa Nad kelihatan semakin berisi dengan perut yang buncit menyebabkan pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu tampil memberi penjelasan.
“Ada orang tegur perut…hmmmmm.. i (saya) tak buncit, i pregnant (mengandung), malas la nak announce (umum) anak no 4 dah.
“Tapi, i just (cuma) nak beritahu i buncit bukan pasal makanan,” tulisnya ringkas pada hantaran berkenaan dengan memaklumkan secara berjenaka.
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan mengucapkan tahniah kepada Nad dan Ungku Ismail yang bakal menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
“Masyarakat pantang ek nampak perut orang. Kan dah ter announce,” kata seorang warganet.
“Macam itu saja umum… comel betul. Tahniah,” tulis pengguna media sosial.
“Alhamdulillah, tahniah kak Nad. Take care,” komen seorang netizen.
“Wahhh.. moga sihat-sihar selalu dan dipermudahkan segalanya,” ujar wargamaya.
Terdahulu, Nad berkahwin kali kedua dengan Ungku Ismail juga pelakon pada 23 Januari 2023 dan mereka kini dikurniakan seorang anak lelaki yang sudah berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Nad juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015, namun akhirnya bercerai pada 2022.
Hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Nad dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10 dan Budi Kalsom berusia lima tahun.
© New Straits Times Press (M) Bhd




