Didie Alias sudah lali dikritik kerana tidak berhijab – “Senang sahaja, kalau tak elok saya sekat”

Didie Alias sudah lali dikritik kerana tidak berhijab – “Senang sahaja, kalau tak elok saya sekat”

Selebriti serba boleh, Didie Alias mengakui sudah kebal dengan kecaman netizen termasuk teguran mengenai penampilannya yang tidak berhijab dan memilih untuk tidak lagi mengambil hati terhadap komen negatif tersebut.

Kalau tak elok, sekat sahaja

didie alias Kalau tak elok, sekat sahaja

Memetik laporan HibGlam, pemilik nama penuh Fadzilah Mohd Ali, 54, berkata kecaman yang diterima tidak lagi memberi kesan kepada emosinya. Malah, dia mengambil pendekatan mudah dengan menyekat mana-mana akaun yang dianggap terlalu keterlaluan di media sosial.

“Setiap kali saya membuat siaran langsung, memang banyak komen negatif. Ada yang masuk ‘live’ dan kecam macam-macam, termasuk kata-kata kasar.
“Saya sudah biasa. Bagi saya senang saja, kalau tak elok, saya sekat. Habis cerita,” kata Didie pada Selasa.

Menurutnya, kekuatan untuk terus positif hadir daripada sokongan dan doa anak-anak yang sentiasa berada di belakangnya.

“Baru-baru ini, saya ada penggambaran untuk sebuah jenama fesyen.
“Anak-anak tengok dan mereka kata, ‘cantiknya mummy’. Dalam ‘group’ WhatsApp pun mereka saling mendoakan saya.
“Bagi saya, doa-doa daripada anak itulah yang paling penting,” ujarnya.

Mengulas mengenai harapan segelintir pihak yang mahu melihat dirinya berhijrah termasuk mengenakan tudung, Didie berkata dia menyerahkan soal itu sepenuhnya kepada Allah SWT dan tidak putus berdoa agar diberikan hidayah.

“Saya percaya semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Kalau tiba-tiba Allah bukakan pintu baharu untuk saya, itulah rezeki.
“Segalanya sudah tertulis di tangan Dia. Setiap hari saya berdoa, minta anak-anak doakan saya juga.
“Mungkin masa saya akan tiba, cuma bila, saya sendiri tak tahu. Insya-Allah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Didie Alias minta rakan selebriti jadi lebih matang – “Nak gaduh depan-depan, bukan di media sosial”

Terdahulu, pelakon itu tampil memberi nasihat kepada golongan selebriti untuk tidak bertikam lidah di media sosial sebaliknya menyelesaikan masalah secara matang dan profesional.

Dia juga turut menegaskan bahawa platform digital bukan medium yang sesuai untuk menyelesaikan masalah masalah malah boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber: HibGlam (Nur Emira Saizali)

Scroll to Top