am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Pencarian dan siasatan polis akhirnya menemukan kepala dan badan selepas penemuan kaki dan tangan manusia di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, di sini, pagi tadi.
Kedua-dua anggota manusia itu ditemui pada kira-kira jam 11.40 pagi tadi di satu lagi tempat pembuangan sampah berhampiran Pasaraya Bataras Indah Permai, di sini.
Lokasi penemuan kaki dan tangan manusia pada awal pagi tadi ialah di tempat pembuangan sampah berhampiran tempat letak kereta bersebelahan pasar raya berkenaan.
Penemuan kedua itu adalah hasil pencarian dan siasatan pihak polis dengan bantuan pekerja lori sampah berikutan kemungkinan anggota badan lain iaitu sebelah tangan dan kaki, badan serta kepala dibuang di tempat pembuangan sampah lain atau sudah dimasukkan ke dalam lori.
Bagaimanapun, setakat jam 12 tengah hari tadi sebelah tangan dan kaki belum ditemui, manakala polis masih menjalankan siasatan dan pencarian berhubung penemuan anggota manusia itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




