“Saya Post Ni Nak Elak Fitnah” – Pelakon Umum Bercerai, Sudah Tamat Tempoh Iddah

“Saya Post Ni Nak Elak Fitnah” – Pelakon Umum Bercerai, Sudah Tamat Tempoh Iddah

Oh! Artis

Sharifah Aleya umum dirinya kini sudah bercerai dan tamat tempoh iddah sejak November 2025, minta doa untuk dirinya dan anak-anak.


Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya, tampil mendedahkan bahawa beliau kini secara rasmi sudah bercerai selepas berakhirnya tempoh iddah yang bermula sejak November 2025.

Dalam satu video kompilasi yang dimuat naik ke Instagram, Sharifah Aleya memaklumkan bahawa perkongsian itu dibuat bagi mengelakkan fitnah dan menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

“Saya dah berpisah” – Sharifah Aleya

Beliau turut menekankan bahawa dia dan anak-anaknya berada dalam keadaan baik serta disokong oleh sistem sokongan yang kuat.

Beliau juga meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraannya serta anak-anak. Pelakon ini berkata, dia dan anak-anak dalam keadaan baik-baik je.

Pssttt! Perpisahan bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada lembaran baru. Semoga Sharifah Aleya terus kuat dan anak-anaknya membesar dalam kasih sayang.

Kredit: Instagram Sharifah Aleya
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top