am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Sebanyak tiga operasi pembenihan awan (OPA) dilakukan di Johor bermula semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan negeri itu bermula semalam sebagai langkah menangani cuaca kering yang berpanjangan.
berkata, operasi itu ditetapkan pada semalam dan hari ini serta Ahad nanti.
“Kerajaan negeri memohon secara rasmi pelaksanaan OPA bagi membantu meningkatkan peluang hujan di kawasan tadahan utama dan ia ditetapkan semalam, hari ini dan Ahad nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, NADMA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia menggerakkan operasi menggunakan pesawat C1300 Hercules yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Hadapi Kemarau Negeri Johor, susulan situasi cuaca panas berterusan dan paras air empangan yang semakin menyusut.
OPA memfokuskan Empangan Upper Layang, Empangan Pulai 1 dan Empangan Machap bagi menambah simpanan air dan menjamin bekalan air mentah tersedia untuk rawatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




