Pelakon jelita, Zahirah Macwilson menafikan dakwaan dirinya kini sedang hamil anak ketiga seperti yang didakwa segelintir pihak.
Kata Zahirah, perubahan bentuk badan yang disangka sebagai ‘baby bump’ itu hanyalah kerana perutnya yang kelihatan sedikit membuncit.
“Mungkin perut saya yang buncit,” katanya ringkas.

Terdahulu, Zahirah tampil memuat naik hantaran di Threads dan bertanyakan pandangan kepada pengikutnya mengenai perasaan mereka memiliki tiga orang cahaya mata.

Untuk info, Zahirah telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.




