Trending
Anak mangsa bunuh dan kerat dedah jenazah ibu dikebumikan walau anggota badan tidak lengkap.
Kisah tragis wanita yang menjadi mangsa bunuh dan dikerat di Sabah benar-benar meruntun jiwa. Lebih memilukan, anak mangsa sendiri tampil berkongsi detik terakhir pengebumian ibunya.
Memetik laporan Sinar Harian, pemuda yang mendakwa dirinya anak kepada wanita berusia 44 tahun itu memaklumkan jenazah ibunya telah selamat dikebumikan walaupun dalam keadaan anggota badan tidak sempurna.
Pengebumian disempurnakan walau tidak lengkap
Dalam satu siaran langsung di TikTok, beliau mendedahkan ada bahagian badan ibunya masih belum ditemui.

Namun, dia bersyukur urusan pengebumian dapat dilaksanakan hasil usaha polis dan pasukan forensik.
Saya bersyukur mama sudah selamat dikebumikan. Kalau bukan kerana bantuan polis dan forensik, mungkin susah untuk jumpa mama.
Dedahnya lagi, anggota badan seperti kaki kiri dan tangan kanan masih belum dijumpai.
Jumpa juga tetapi tidak semua, masih kurang anggota badan mama saya. Namun, terpaksalah dikebumikan kerana bimbang arwah tidak dapat disempurnakan segera. Yang kurang ialah kaki kiri dan tangan kanan.
Terdahulu, negara digemparkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita di mana mayatnya ditemui di tempat pembuangan sampah dalam keadaan dikerat.
Susulan penemuan itu, dua suspek berjaya ditahan dan polis memaklumkan suspek utama berusia 71 tahun merupakan bekas tunang mangsa. Kes disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pssttt! Kes bunuh dan kerat ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah meninggalkan trauma mendalam kepada keluarga mangsa. Semoga pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus dan adil, dan keluarga diberikan kekuatan untuk melalui ujian berat ini.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




