Empat atlet bergelar pelakon

Empat atlet bergelar pelakon

DUNIA drama dan perfileman Thailand dimeriahkan dengan kewujudan lambakan pelakon lelaki yang hadir dengan latar belakang berbeza.

Ramai antara mereka merupakan bekas atlet yang menerima peluang disebabkan bakat lakonan terpendam selain rupa paras menarik.

Berikut kami senaraikan empat ahli sukan yang kini bergelar hero drama dan filem.

Empat atlet bergelar pelakon

TONY JAA

Tatchakorn Yeerum atau Tony Jaa merekodkan pelbagai pencapaian sepanjang pembabitannya sebagai pelakon lagak ngeri selama 14 tahun.

Latar belakang sebagai atlet Muay Thai profesional menjadikan beliau pelakon lagak ngeri buruan ramai penerbit, sekali gus melorongkan beliau peluang untuk beraksi dalam projek antarabangsa seperti Mortal

Kombat Annihilation ketika awal kemunculannya dalam dunia perfileman.

Jaa menjadi terkenal di mata dunia apabila buat pertama kalinya memegang peranan utama menerusi filem Ong-Bak yang ditayangkan pada 2003. Sepanjang 31 tahun pembabitan dalam dunia perfileman, bapa

dua cahaya mata ini menjayakan 27 filem merangkumi projek tempatan dan antarabangsa.

MARK PAKIN

Pakin Kunaanuwit atau lebih dikenali sebagai Mark Pakin merupakan bekas atlet badminton yang pernah mewakili skuad beregu lelaki dan campuran Thailand dalam kejohanan junior peringkat asia dan dunia antara tahun 2016 hingga 2018.

Graduan sains politik dari Universiti Bangkokthonburi ini melangkah ke dunia lakonan bermula 2021 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri I Promised You The Moon dan Bad Buddy pada tahun yang sama.

Mark mula mencuri tumpuan menerusi watak Tiwson yang dilakonkannya dalam drama My School President pada 2022. Pelakon berketinggian 170 sentimeter ini melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Y Universe 2024.

VACHIRAWICH WATTHANAPHAKDEEPHAISAN

Pelakon yang mesra dipanggil Ryu ini merupakan bekas atlet ping pong yang pernah menganggotai skuad remaja kebangsaan Thailand.

Ketampanan yang dimiliki anak kelahiran Bangkok ini menjadi aset yang menghadirkan banyak peluang lakonan untuknya.

Antara drama yang dijayakan Vachirawich adalah In Family We Trust yang ditayangkan pada 2018, May-December Romance (2021), To The Moon and Back (2023) serta Dalah: Death and the Flowers (2025).

SUPHA SANGAWORAWONG

Sebelum terjun ke dalam dunia lakonan, Supha Sangaworawong yang mesra dengan panggilan Est merupakan perenang kebangsaan Thailand yang mendapat bimbingan dalam sukan itu sejak dia berusia lima tahun.

Bahkan, Supha pernah membantu skuad kebangsaan Thailand memenangi pingat gangsa dalam kategori 4×100 meter gaya bebas (lelaki) pada temasya Sukan SEA ke-31 di Vietnam.

Atlet renang berketinggian 180 sentimeter ini beralih ke bidang lakonan pada tahun 2020 menerusi watak pembantu dalam drama Love by Chance 2 : A Chance to Love.

 

 

 

Scroll to Top