am@hmetro.com.my
Baling: Dua lelaki warga emas berusia 60-an yang dalam perjalanan meraikan Tahun Baharu Cina berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terbakar di Kampung Simpang 3 Landak, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.08 pagi.
“Sepasukan tujuh anggota dari BBP Baling tiba di lokasi tidak lama kemudian dan mendapati kereta Honda Civic terbakar.
“Dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi tamat pada jam 9.59 pagi, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, setakat ini punca kebakaran berlaku masih dalam siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




