Pelakon Mia Sara akhirnya tampil bersuara susulan kontroversi membabitkan dirinya dengan aktes, Puteri Balqis.
Menerusi video dimuat naik di Instagram, Mia menyifatkan tuduhan membuli Puteri Balqis sangat berat serta menjelaskan dia hanya pernah berjumpa aktres itu sekali sahaja seumur hidupnya.
BACA: Mia Sara Kagumi Puteri Balqis, Niat Mahu Backup Disalah Tafsir
“Saya hanya berjumpa dia sehari dan sekali saja seumur hidup. Selepas itu tidak pernah berhubung sejak umur tujuh tahun hingga 21 tahun.
“Saya tak pernah buli Puteri Balqis atau ibu dia. Tuduhan itu sangat berat terhadap saya.
“Seperti dikatakan mereka dikambing hitamkan sewaktu tujuh tahun sedangkan lamb chop pun saya tak tahu itu kambing atau lembu. Tentang aniaya, saya pun tak tahu, sekali lagi saya hanya jumpa sehari dan sekali sahaja,” katanya.
Sementara itu, Mia berkata pihaknya sudah menghubungi Puteri Balqis namun tidak ada sebarang respon, malah dia disekat oleh aktres berkenaan di semua media sosial.
“Untuk pengetahuan semua, saya disekat oleh Puteri Balqis di semua platform media sosial. Saya tak faham kenapa dia meletup berkaitan isu lama tersebut. Dia pun cakap nak tutup kes ini dan move on.
“Dia sekat dan saya rasa dia dah tak nak ada kena mengena dengan saya. Jadi saya hormat perkara itu. Pihak saya dah hubungi, dia tidak beri apa-apa respons.
“Jadi saya tak tahu dia nak maaf, berjumpa seperti dikatakan atau sengaja buat drama untuk buat nama saya buruk,” katanya.
Dalam pada itu, Mia berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis dan ndividu lain susulan dakwaan fitnah dilemparkan.
“Saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis. Ada banyak lagi komen dan semua saya telah screenshot. Saya akan ambil tindakan undang-undang. Tunggu masa sahaja. Kepada Puteri Balqis, kenapa tak call atau WhatsApp. Awak ada nombor saya,” katanya.



