Paris: Pelumba Itali, Antonio Tiberi merampas kedudukan pendahulu keseluruhan Tour UAE daripada Remco Evenepoel selepas menjuarai peringkat ketiga hari ini.
Pelumba Bahrain Victorious itu menewaskan pelumba Mexico, Isaac del Toro dengan kelebihan 15 saat (s), manakala pelumba Belgium, Lennert Van Eetvelt di tempat ketiga, 29s di belakang.
Evenepoel, juara berganda Olimpik, kehilangan jersi merah (pendahulu keseluruhan) selepas menamatkan perlumbaan lebih dua minit di belakang Tiberi susulan laluan berbukit sejauh 183 kilometer (km) dari Umm al Quwain ke Jebel Mobrah.
Aksi 182km esok dijangka menjadi pentas pecut bermula dan berakhir di Fujairah, manakala peringkat ketujuh dan terakhir berlangsung Ahad ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




