MCA tiada masalah bekerjasama dengan PAS, tapi mereka perlu ubah sikap -Choo Seong

MCA tiada masalah bekerjasama dengan PAS, tapi mereka perlu ubah sikap -Choo Seong

MCA tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan PAS susulan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar penyatuan Melayu antara UMNO dan Pas diperkukuh menjelang PRU16 di Melaka.

bekerjasama dengan PAS

Tiada masalah bekerjasama dengan PAS, tapi perincian perlu diperhalus

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong menyatakan strategi itu merupakan permulaan yang baik dalam konteks permuafakatan orang Melayu, tetapi perincian perlu diperhalusi di peringkat kepimpinan parti.

Bagi MCA, fokus utama adalah pada kerusi yang bakal ditandingi dan bagaimana parti boleh menjadi suara serta wadah kepada masyarakat Cina.

“Bukan kerana kuasa tetapi bagi MCA, ia tentang bagaimana kita dapat membantu dengan lebih berkesan pastinya melalui pembuatan dasar yang memberi faedah kepada semua biarpun parti tidak berada dalam sebahagian proses itu,” jelas Choo Seong.

Tiada masalah bekerjasama dengan PAS demi kepentingan rakyat

Beliau menegaskan bahawa MCA bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat, termasuk dengan PAS.

Beliau berkata demikian dalam program interviu bertajuk ‘Kami Tak Main Sentimen Macam DAP!’ yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Choo Seong turut menekankan bahawa pemimpin dan ahli Pas perlu memahami sensitiviti bukan Islam, khususnya masyarakat Cina, dan menunjukkan sikap keterbukaan yang sebenar.

“Pas juga perlu lebih memahami perasaan, kalau-kalau ada wujud kegusaran akibat sentimen politik dimainkan musuh politik yang mana mereka pernah bersama-sama dahulu.
Hari ini mereka perlu menerangkan dan meyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa Pas bersifat terbuka. Budaya saling memahami serta hormat-menghormati memerlukan dua pihak secara bersama,” tambah beliau.

Artikel lain: MCA minta UPSR, PT3 tak tergesa-gesa dikembalikan semula

Choo Seong menegaskan bahawa hormat terhadap hak dan sensitiviti bukan Islam adalah kunci untuk memastikan kerjasama politik berjalan lancar, berbeza dengan parti yang hanya retorik tetapi tidak mengamalkan prinsip kesaksamaan.

Sumber: YouTube Sinar Harian

Scroll to Top