Christy Ng Nak Puasa Lagi, Sediakan Makanan Sahur & Berbuka Untuk Pekerja

Christy Ng Nak Puasa Lagi, Sediakan Makanan Sahur & Berbuka Untuk Pekerja

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Christy Ng teruja untuk menyambut Ramadan serta bakal berpuasa dengan pasukannya dikenali sebagai The Bengap Boys.

Memetik mStar Online, Christy berkata dia pernah cuba untuk berpuasa sebelum ini namun ketika itu agak kurang pengetahun ketika bersahur sehingga dia rasa haus.

BACA: Christy Ng Sediakan Surau Selesa Buat Staf Beragama Islam

“Saya memang pernah cuba puasa, tapi sangat susah kerana hanya makan mi segera untuk sahur. Saya tiada pengalaman jadi agak ‘bongok’ sedikit.

“Kawan saya nampak dan terus tegur. Dia kata makan mi segera memang cepat haus. Memang waktu itu saya rasa sangat haus,” katanya.

Sementara itu, Christy berkata dia tidak sabar untuk berpuasa bersama pasukannya serta berbuka puasa bersama-sama.

“Tahun ini saya ‘upgrade’ sikit, nak cuba lagi puasa bersama pasukan saya. Seronok bila pergi bazar Ramadan dengan mereka dan berbuka bersama. Rasa syok sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Christy berkata dia akan sediakan makanan untuk bersahur dan berbuka untuk pekerjanya di pejabat memandangkan ada live host yang akan mula bekerja seawal 4 pagi.

“Sempena Ramadan ini kami akan ‘top up’ makanan di pejabat untuk buka puasa dan sahur. Kami sediakan makanan seperti jajan, telur, nasi lemak, nasi ayam, lamb chop dan aiskrim durian untuk mereka,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top