Oh! Negara
Rafizi Ramli nafi dakwaan rasuah, tegaskan tiada bukti dikemukakan SPRM dan tuduhan hanyalah fitnah.
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli tampil menafikan dakwaan rasuah yang mengaitkan dirinya dengan dua projek besar. Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah yang sengaja direka oleh pihak tertentu.
Ahli Parlimen Pandan itu turut mempersoalkan bagaimana tuduhan serius boleh disebarkan sedangkan tiada sebarang bukti dikemukakan.
Rafizi Ramli lihat tiada sebarang bukti ditunjukkan

Menurut Rafizi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak mengemukakan sebarang bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Beliau mendakwa perkara itu sengaja dijadikan bahan berita untuk memburukkan imejnya.
Satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah.- Katanya.
Rafizi menjelaskan tuduhan tersebut merujuk kepada dua projek utama iaitu perjanjian negara dengan ARM, sebuah syarikat cip semikonduktor antarabangsa, serta projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Kedua-dua projek itu didakwa dikaitkan dengan nilai rasuah berjumlah RM3.6 bilion.
Jumlah berkenaan dikatakan jauh melebihi angka yang pernah dikaitkan dengan kes 1MDB. Dakwaan rasuah Rafizi Ramli itu bagaimanapun disifatkan beliau sebagai tidak masuk akal.
Anggap tuduhan sebagai skrip fitnah lama

Beliau melihat tuduhan itu sebagai sebahagian daripada skrip fitnah yang sengaja diperbesarkan tanpa mengambil kira realiti sebenar. Rafizi turut mengaitkan situasi itu dengan pengalaman lama ketika era reformasi.
Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill. Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu fitnah yang menjadi overkill.- Katanya lagi.
Rafizi meluahkan rasa kesal kerana budaya fitnah seperti itu masih berlaku hingga kini. Malah beliau mendakwa ia turut disebarkan oleh pihak yang sepatutnya lebih memahami perkara sebenar.
Pssttt! Ohmedia harap korang sentiasa semak fakta sebelum percaya atau sebarkan sesuatu berita. Dalam zaman maklumat bergerak laju ni, salah faham mudah jadi fitnah kalau kita tak berhati-hati.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




