Paru-Paru Kanan Anak ‘Collapse’, Amyza Aznan Mohon Doa Buat Andre

Paru-Paru Kanan Anak ‘Collapse’, Amyza Aznan Mohon Doa Buat Andre

Pelakon Amyza Aznan berkongsikan mengenai keadaan anaknya, Andre Mikhail serta memaklumkan paru-paru bahagian kanan Andre ‘collapse’ susulan saiz tumor semakin membesar.

Menerusi hantaran di Insta Story, Amyza berkata prosedur untuk menyedut cecair di paru-paru anak-anaknya ditapa dapat dijalankan.

BACA: Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Kanser Tulang

“Tak tahu nak cakap apa, tak jadi sedut air sebab tak ada air dalam paru-paru. Kata pakar bukan air tapi saiz tumor membesar dan menyebabkan paru-paru kanan collapse.

“Nak tahu berapa saiz tumor kena tunggu giliran MRI lagi sebulan. Semoga ada keajaiban buatmu anak,” tulisnya.

Sementara itu, Amyza berkata prosedur yang dilakukan sebelum ini hanyalah untuk membuang cecair di paru-paru dan bukan tumor.

“Proses membuang air di paru-paru kanan, bukan tumor. Tumor masih belum kecut untuk proses pembedahan. Saiz dari 18 sentimeter, kali terakhir proses CT scan hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza memohon doa daripada orang ramai agar urusan anaknya yang menghidap kanser paru-paru tahap tiga dipermudahkan.

“Dengan rendah hati saya memohon doa buat anakanda Andre Mikhail yang akan menjalani prosedur untuk rawatan tumornya. Hanya Allah yang membalas doa-doa kalian,” tulisnya.


Scroll to Top