Penyanyi Nubhan mendedahkan ibunya, Badariah Omar atau mesra dikenali sebagai Mak Jenny semakin uzur kerana sudah tua.
Mak makin tak larat

Menerusi perkongsian di TikTok, memperlihatkan Nubhan membeli sebuah katil baharu yang mempunyai fungsi serbaguna demi memberikan keselesaan kepada ibunya yang sudah semakin tua.
“Mak bukan sakit teruk, cuma umur sudah meningkat dan badan tak sekuat seperti dahulu.
“Semua yang saya bina hari ini bermula daripada tangan wanita ini, sekarang mak makin tak larat. Saya tak mampu balas semua sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa,” katanya, semalam.
Menurut Mak Jenny, dia lebih selesa sekiranya tilam dan katil sedikit rendah kerana lebih mudah untuk digunakan tanpa perlunya banyak pergerakan.

“Kalau tinggi sangat tilam tu mak tak boleh pakai, elok macam ni sahaja (tilam baharu). Bila rendah kaki mudah nak pijak lantai, senang,” ucap Mak Jenny.
Pelantun lagu Ada Untukmu itu memaklumkan, katil tersebut dibeli kerana ibunya tidak boleh tidur di permukaan yang rata kerana menyebabkan badannya menjadi sakit.
“Katil rendah senang nak duduk, mak kan tak boleh tidur tempat rata. Kalau tak selesa, katil boleh naikkan belakang tu dan sekarang pun katil dah rendah senang nak turun,” jelasnya lagi.
Artikel lain: Hanya tonton TV, mak tak tahu apa berlaku di media sosial – Nubhan

Terdahulu, bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu ibunya tidak mengikuti perkembangan di media sosial berhubung isu rumah tangganya bersama bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
Sumber: TikTok nubhan86




