“Waktu Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik Kerja Awal?” – Kenyataan Cef Zam Cetus Perdebatan Hangat Netizen

“Waktu Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik Kerja Awal?” – Kenyataan Cef Zam Cetus Perdebatan Hangat Netizen

Nama cef selebriti terkenal, Cef Zam kini hangat diperkatakan selepas kenyataannya yang mempertikaikan tindakan segelintir pekerja mahu menamatkan waktu kerja lebih awal sepanjang bulan Ramadan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menerusi platform Threads, Cef Zam atau nama penuhnya Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab mempersoalkan alasan mereka yang dikatakan tergesa-gesa untuk pulang sebelum waktu berbuka puasa.

“Waktu berbuka 7.29 malam yang kau menggeletis nak balik awal daripada tempat kerja 4.30 petang, kenapa pula?

“Nak memasak untuk katering bisnes ke,” soalnya.

Susulan itu, perkongsian Cef Zam itu menimbulkan pelbagai respons daripada netizen, malah ada yang menyifatkan kata-kata cef selebriti berusia 56 tahun itu sebagai tidak sensitif terhadap situasi dan komitmen individu lain sepanjang Ramadan.

Tidak kurang juga yang membandingkan sikap berkenaan dengan majikan daripada bangsa lain yang dilihat lebih memahami keperluan pekerja ketika bulan puasa.

Susulan kecaman yang diterima, hantaran tersebut dilaporkan telah dipadam daripada platform berkenaan.

Scroll to Top