am@hmetro.com.my
Alor Setar: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah berkenan menyampaikan 1,200 kotak kurniaan Keluarga Diraja Kedah bagi diagihkan kepada golongan memerlukan pada Ramadan ini.
Kotak sumbangan berisi barangan keperluan asas itu diserahkan kepada setiap Pegawai Daerah bagi diagihkan kepada penerima yang layak di 12 daerah seluruh negeri ini.
Simbolik penyerahan sumbangan itu diadakan pada Majlis Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Negeri Kedah dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Tuanku Sultan Kedah yang berlangsung di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit, di sini, malam tadi.
Turut berangkat Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.
Pejabat Tuanku Sultan Kedah dalam kenyataan berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Sultan Kedah terhadap rakyat khususnya pada bulan Ramadan tahun ini.
Katanya, majlis ini juga adalah bagi meneruskan tradisi institusi Diraja Kedah dalam mengeratkan hubungan bersama masyarakat.
“Secara keseluruhan, sebanyak 1,200 kotak kurniaan membabitkan 12 daerah di Kedah akan disalurkan melalui Pejabat Daerah masing-masing mulai 22 Februari (esok) untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
“Majlis ini juga mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Institusi Diraja
Kedah dalam menyantuni rakyat, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




