Beri jongkong emas RM14 juta untuk baiki sistem air

Beri jongkong emas RM14 juta untuk baiki sistem air
Beri jongkong emas RM14 juta untuk baiki sistem air

Bandar Osaka menerima sumbangan 21kg jongkong emas diberikan penderma misteri. Foto Agensi

OSAKA – Sebuah bandar di Jepun menerima sumbangan 21 kilogram (kg) jongkong emas untuk memulihkan sistem air.

Datuk Bandar Osaka, Hideyuki Yokohama memaklumkan jongkong emas dianggarkan bernilai 560 juta yen (RM14 juta) disumbangkan individu misteri pada November lalu.

Bandar ketiga terbesar yang berpopulasi hampir tiga juta penduduk itu berdepan masalah paip air dan kumbahan yang semakin usang.

Menurut data biro kerja air, Osaka merekodkan lebih 90 kes kebocoran paip di bawah tanah pada tahun fiskal 2024.

“Usaha membaik pulih sistem tersebut memerlukan pelaburan yang besar. Saya amat menghargai sumbangan individu pemurah itu,” kata Yokohama.

Orang yang sama pernah menyalurkan 500,000 yen (RM12,600) secara tunai untuk loji air bandar.

Laporan media tempatan mendedahkan lebih 20 peratus paip air di negara itu melepasi jangka hayat perkhidmatan 40 tahun seperti ditetapkan undang-undang. – Agensi

 

 

Ringkasan AI

  • Bandar di Jepun terima sumbangan 21kg jongkong emas untuk sistem air
  • Datuk Bandar Osaka, Hideyuki Yokohama, kata nilai sumbangan RM14 juta
  • Osaka hadapi masalah paip air dan kumbahan yang usang
  • Lebih 90 kes kebocoran paip di bawah tanah pada tahun fiskal 2024
  • Lebih 20 peratus paip air di Jepun melepasi jangka hayat 40 tahun
Scroll to Top