Tular video lelaki berpakaian kostum duyung di gerai jual air balang

Tular video lelaki berpakaian kostum duyung di gerai jual air balang

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Tular video yang menyaksikan seorang lelaki berpakaian seperti duyung sambil berjoget di hadapan sebuah gerai menjual air balang dipercayai di Pengkalan Chepa.

Rakaman video berdurasi selama 26 saat itu tular di laman Facebook sejak semalam sehingga menerima kecaman netizen dengan menyifatkan perbuatan itu memalukan terutama dilakukan ketika Ramadan.

Menerusi video berkenaan menyaksikan lelaki yang berpakaian wanita itu berjoget sambil memegang air selain membuat aksi seperti duyung di sebuah gerai menjual air balang.

Tindakan tidak bermoral itu dipercayai sebagai ‘content’ untuk melariskan jualan air balang yang dijual.

Malah pada masa sama, ramai juga yang mendesak supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen perniagaan gerai itu selain mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

Difahamkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sedang mengesan lelaki berkenaan untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top