Anak kepada bekas Menteri Besar Kedah dan cucu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Ally Mukhriz, berkongsi berita gembira apabila mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak pertama.
Hamil anak sulung

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Meera Alyanna itu dilihat memaklumkan sendiri khabar gembira itu kepada datuknya.
“Saya hamil,” kata Ally ringkas.
Bagaimanapun, jelas terpancar kegembiraan diwajah Tun Dr Mahathir sebaik mendengar berita tersebut, manakala isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, turut meluahkan rasa syukur dengan mengucapakan ‘Alhamdulillah’.
Dalam perkongsian berasingan, Ally juga meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi sulungnya yang dijangka bakal melahirkan pada Ogos tahun ini.

“Terima kasih Tuhan atas segala rezeki, Alhamdulillah. Lil bebe, jumpa awak pada bulan Ogos nanti,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Ally pernah berkongsi kisah di mana dirinya sedang berusaha menjalani rawatan kesuburan in-vitro fertilization (IVF) sebagai inisiatif untuk menimang cahaya mata.

Artikel lain: Isu ditahan di pusat hiburan, Ally Mukhriz kesal & akui diri cuai langgar PKPP
Untuk rekod, Ally sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ezran Daud Cheah, pada 20 Februari 2020.
Ally merupakan anak sulung pasangan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan To’ Puan Seri Norzieta Mahathir, serta mempunyai dua adik perempuan iaitu Misha Hakeem dan Melia Serena.
Sumber: Instagram ally.mukhriz




