Suami Heliza Helmi Didakwa Lakukan Perniagaan Sekuriti Tanpa Lesen

Suami Heliza Helmi Didakwa Lakukan Perniagaan Sekuriti Tanpa Lesen

Oh! Artis

Suami Heliza Helmi, Mahadi BZ didakwa jalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen.


Suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Mahadi Badrul Zaman atau Mahadi BZ didakwa di Mahkamah Sesyen atas kes berkaitan perniagaan sekuriti tanpa lesen. Dia juga merupakan pengasas dan Presiden AUF MBZ.

Memetik laporan Sinar Harian, Mahadi yang berusia 43 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan dua hakim pada Isnin.

Suami Heliza Helmi jalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen

Mahadi didakwa menjalankan perniagaan sekuriti melalui AUF MBZ Consortium PLT walaupun syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal. Malah, syarikat berkenaan juga didakwa tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.

Kesalahan itu dikatakan berlaku di sebuah villa di Sunway South Quay, Subang Jaya. Tempoh kejadian pula didakwa antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Ia dibaca bersama subseksyen 367(1) di bawah akta yang sama.

Berdepan hukuman berat jika sabit kesalahan

Jika disabitkan kesalahan, Mahadi boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta. Selain itu, beliau juga berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau kedua duanya sekali.

Kes perniagaan sekuriti tanpa lesen ini kini dalam proses perbicaraan selepas tertuduh memohon untuk dibicarakan di mahkamah.

Pssttt! Ohmedia harap korang ambil pengajaran bahawa soal lesen dan pematuhan undang undang dalam urusan kewangan bukan perkara kecil. Apa saja bentuk pelaburan atau perniagaan, pastikan semuanya sah supaya tak berdepan risiko besar di kemudian hari.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top