Rusuhan di Bukit Sentosa kerana perbalahan 2 keluarga

Rusuhan di Bukit Sentosa kerana perbalahan 2 keluarga

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Seramai enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan insiden rusuhan di sebuah perumahan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, terdahulu pihaknya mengesan rakaman video yang tular di Facebook pada jam 4.30 petang hari ini.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, polis menerima dua laporan secara berasingan.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati serta perselisihan faham yang membabitkan dua keluarga.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dijalankan ke atas enam suspek warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 49 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Shazeli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh.

Beliau menegaskan kejadian terbabit sama sekali tidak membabitkan unsur gengsterisme atau isu perkauman.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang serta diminta tidak menyebarkan spekulasi.

“Polis akan mengambil tindakan berlandaskan pada lunas perundangan terhadap sesiapa yang melakukan tindakan menggugat keselamatan serta ketenteraman awam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top