Kejadian tikaman di AS: Empat maut, suspek ditembak mati

Kejadian tikaman di AS: Empat maut, suspek ditembak mati

Los Angeles: Empat orang ditikam hingga mati di Washington pada Selasa, dengan suspek ditembak mati oleh seorang pegawai polis.

Pejabat Sheriff Pierce County berkata, timbalan polis memberi respons kepada laporan tentang seorang lelaki yang dipercayai melanggar “perintah larangan kontak” di sebuah rumah berhampiran Tacoma di negeri barat AS.

“Semasa dalam perjalanan, ramai saksi melaporkan pada 9.30 pagi bahawa seorang lelaki sedang menikam orang di luar rumah,” kata satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.

“Seorang timbalan polis tiba, dan tembakan dilaporkan pada 9.33 pagi. Terdapat empat individu yang maut, termasuk suspek lelaki berusia 32 tahun.

“Mangsa kelima segera dibawa (ke hospital) dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan mereka.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top