Iddin Ramli Jawab Kritikan Isu Doa Terlalu Panjang

Iddin Ramli Jawab Kritikan Isu Doa Terlalu Panjang

Oh! Artis

Iddin Ramli tampil jelaskan isu doa terlalu panjang ketika siaran langsung yang tular di media sosial.


Isu melibatkan pendakwah dan pempengaruh media sosial, Iddin Ramli, kembali jadi perhatian selepas tular dakwaan mengatakan beliau sukar menerima teguran. Ia susulan bacaan doa dalam satu program siaran langsung yang dikatakan terlalu panjang dan tidak menepati adab majlis.

Kontroversi itu mula hangat apabila potongan video ketika siaran berkenaan tersebar, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempertahankan, namun tidak kurang juga yang mengkritik cara penyampaian doa tersebut.

Iddin Ramli kesal orang ramai anggap dia buat kesalahan besar

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Iddin Ramli meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Menurutnya, ada pihak seolah-olah menganggap tindakannya itu sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Saya berdoa pun awak kutuk, seolah-olah macam saya bawa fitnah besar pada agama. Ramai sangat yang mengkritik kata saya nak menunjuk-nunjuk dalam berdoa dan tak belajar adab.- Katanya.

Iddin Ramli turut menjelaskan bahawa beliau sebenarnya hanya dimaklumkan mengenai slot bacaan doa tersebut pada saat akhir. Ketika itu, beliau sedang dalam perjalanan ke studio dan tidak sempat membuat persediaan rapi.

Situasi itu menyebabkan beliau terus memimpin doa tanpa semakan atau perancangan awal seperti yang biasa dilakukan dalam program rasmi.

Isu tempoh doa jadi pertikaian

Mengulas dakwaan doa dibaca terlalu lama, beliau menganggarkan tempohnya sekitar dua minit sahaja. Namun, ketika sedang berdoa dengan mata tertutup, beliau tidak menyedari sudah diberikan isyarat untuk menghentikan bacaan.

Keadaan itu berlaku kerana beliau fokus dan khusyuk ketika memimpin doa, sekali gus tidak perasan arahan daripada pihak produksi.

Terdahulu, video menunjukkan Chef Wan, mencuit Iddin Ramli ketika siaran langsung menjadi tular di media sosial. Difahamkan tindakan itu dibuat atas arahan pengurus lantai yang sudah memberi isyarat supaya bacaan doa ditamatkan kerana menghampiri waktu azan Maghrib.

Pssttt! Ohmedia harap korang ambil setiap teguran dengan hati terbuka dan dalam masa sama elakkan terus menghukum tanpa tahu situasi sebenar. Kadang-kadang apa yang kita nampak tak menggambarkan keseluruhan cerita.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top