Shahidan Kassim Cadang 100% Dividen KWSP Masuk Akaun 3, Bantu Rakyat Pada Ramadan Dan Syawal

Shahidan Kassim Cadang 100% Dividen KWSP Masuk Akaun 3, Bantu Rakyat Pada Ramadan Dan Syawal

Oh! Negara

Katanya, ramai rakyat memerlukan untuk hadapi Ramadan dan Syawal.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan peratusan agihan dividen 2025 Sabtu ini.

Ramai yang berharap agihan dividen turut dimasukkan ke dalam Akaun 3 (akaun fleksibel) untuk memudahkan pengeluaran dibuat.

Perkara ini turut dibincangkan di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mencadangkan 100 peratus dividen dimasukkan terus ke Akaun 3.

Beliau melihat ramai pencarum benar-benar memerlukan wang tunai segera, khususnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

“Mohon 100% dividen dimasukkan ke Akaun 3”

Dalam ucapannya, beliau berharap pertimbangan dapat dibuat sebelum agihan dibuat dalam beberapa hari je lagi.

Menurut beliau, ketika ini dividen lebih tertumpu ke Akaun 1 dan hanya sebahagian kecil ke Akaun 2 serta Akaun 3.

Keadaan itu menyebabkan pencarum muda yang belum layak membuat pengeluaran berdepan kesukaran mendapatkan wang tunai segera walaupun menerima dividen yang agak besar.

Shahidan menegaskan permintaan itu dibuat atas dasar ihsan, terutama dalam bulan Ramadan ketika ramai umat Islam sedang berpuasa dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Kita minta 100% dividen EPF dimasukkan ke akaun 3. Kami mohon di bulan Ramadan ini supaya pertimbangkan, mereka berpuasa dan mereka nak berhari raya. Pertimbangkan dividen saja. Contohnya pegawai saya, simpanan KWSP dia RM300,000 tapi tak boleh keluarkan sebab muda lagi. Tapi dividen dekat RM10,000. Katanya kalau dapat sangat membantu..

Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut sekurang-kurangnya untuk dividen sahaja, agar pencarum mempunyai akses lebih mudah kepada wang mereka tanpa menjejaskan simpanan pokok dalam Akaun 1.

Pssttt! Isu dividen KWSP dan Akaun 3 ini sememangnya sensitif kerana melibatkan keseimbangan antara keperluan jangka pendek dan simpanan masa depan. Dalam keadaan ekonomi mencabar, tidak dinafikan ramai yang berharap ada sedikit kelonggaran. Namun pada masa sama, setiap keputusan perlu dilihat secara menyeluruh demi menjaga kepentingan pencarum untuk jangka panjang.

Kredit: Youtube Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top