Alha Alfa Serah RM20,000 Bantu Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

Alha Alfa Serah RM20,000 Bantu Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

Usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa menyampaikan amanah sebanyak RM20,000 untuk membantu kos rawatan anak kedua pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Alha berkata jumlah tersebut adalah hasil jualan produk khas yang berjaya dikumpulkan.

BACA: Adrian Adam Bawa Semangat Arwah Abang Lawan Kanser Tulang 

“Salam semua pengguna yang sokong pembelian set untuk kita bantu kos rawatan anak kedua Kak Amyza Aznan iaitu Adrian Adam. Saya telah pun sampaikan amanah ini,” tulisnya.

Sementara itu, Alha turut mendoakan agar dipermudahkan urusan Amyza serta anak keduanya diberikan kesembuhan.

“Semoga dipermudahkan urusan Kak Amyza dan anak-anak, kami sentiasa doakan. Semoga Ian sihat sediakala, mari kita doakan kesembuhan Syifa untuk Ian, amin amin amin.” tulisnya.


Scroll to Top