Beronani Dan Keluar Mani? Pendakwah Jelaskan Puasa Batal Tapi Tak Boleh Makan Sampai Waktu Berbuka

Beronani Dan Keluar Mani? Pendakwah Jelaskan Puasa Batal Tapi Tak Boleh Makan Sampai Waktu Berbuka

Oh! Islam

Jelas pendakwah ini, hukumnya haram dan berdosa serta wajib ganti.


Bulan Ramadan sepatutnya menjadi ruang untuk kita tahan nafsu, bukan sekadar lapar dan dahaga. Tapi masih ada yang ambil ringan soal menjaga diri, termasuk perkara melibatkan syahwat.

Terbaharu, seorang pendakwah tampil memberi penjelasan tegas mengenai hukum beronani ketika berpuasa dan kesannya terhadap ibadah seseorang.

Dua kategori onani ketika puasa

Hukum

Menurut beliau, orang yang beronani pada siang hari Ramadan terbahagi kepada dua kategori.

Orang yang beronani pada bulan puasa ada dua kategori. Yang pertama, dia onani tapi tak sampai keluar air mani. Maka orang ni berdosa dan haram tapi tak batal puasa. Dia onani, dekat hujung-hujung dia teringat. Astagfirullah ya Allah dia tak jadi keluarkan. Maka tak batal puasa tapi berdosa dan juga haram. Wajib bertaubat.

Jelasnya lagi, walaupun puasa tidak batal dalam situasi pertama, perbuatan itu tetap berdosa dan wajib bertaubat kerana ia haram.

Jika keluar air mani, puasa batal tapi..

Bagi kategori kedua pula, hukum lebih berat kerana melibatkan pembatalan puasa.

Yang kedua dia onani sampai keluar air mani maka berdosa, haram, puasanya batal. Tetapi yang ruginya apa? Puasa batal, wajib kena ganti tapi pada hari tersebut dia tak boleh makan, kalau makan berdosa. Contohnya waktu dhuha dia onani, keluar air mani maka puasa pada hari tu batal. Dia wajib kena ganti selepas raya nanti tetapi hari tu daripada pukul 9 pagi dia tak boleh makan tak boleh minum sampailah waktu berbuka. Tak boleh makan macam orang tak puasa yang lain. Tetapi pahala puasa tak ada, dapat dosa, kena ganti. Rugi.. Bagitahu kawan-kawan, jangan onani jangan tengok porno bulan puasa hormatlah sikit malulah sikit dengan Allah.

Menurut penjelasan itu, walaupun puasa telah batal, individu tersebut tetap perlu menahan diri daripada makan dan minum sehingga waktu berbuka. Selepas Ramadan, dia wajib menggantikan puasa tersebut.

Pssttt! Ramadan bukan sekadar tahan lapar, tapi latihan mengawal nafsu dan menjaga diri. Jika tersilap langkah, jangan putus asa. Segera bertaubat dan perbaiki diri. Bulan yang penuh rahmat ini sepatutnya jadi titik perubahan, bukan medan menambah dosa.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top