“Kenapa buka aib sendiri…”- Fuad Rahman terkilan Tom jaja rumah tangga, akui masih sayang

“Kenapa buka aib sendiri…”- Fuad Rahman terkilan Tom jaja rumah tangga, akui masih sayang

Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa selepas isterinya, Tom, berkongsi isu rumah tangga mereka secara terbuka di media sosial.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 47, berkata beliau tidak bersetuju masalah peribadi dibincangkan di ruang awam, memandangkan mereka adalah figura awam dan mempunyai seorang anak.

Fuad Rahman terkilan Tom jaja rumah tangga

“Aku tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau (Tom). Nak selesaikan masalah bukan di media sosial bagi semua orang tahu, kenapa buka aib sendiri. Kita ini public figure, ada anak.
“Tinggal dah berjauhan boleh tak istighfar. Untuk nak cari lain (pasangan) bukan akulah insya-Allah.
“Tapi untuk kau rasanya ramai sedang menunggu,” kata Fuad.

Beliau turut mengakui kekurangan diri, termasuk sejarah silam berkaitan penyalahgunaan dadah serta pengalaman keluar masuk penjara.

Bagaimanapun, tegurannya dibuat sebagai tanggungjawab seorang suami.

“Aku sedar aku penagih keluar masuk penjara banyak kali. Jadi bila suami nasihat dan tegur kau marah. Kau kira hati kau saja, hati suami kau tak kisah ya.
“Tak apa Allah ada. Insya-Allah aku takkan menyerah kalah kerana hati aku masih sayangkan kau,” ujarnya.

Sebelum ini, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, mendedahkan dia bakal bercerai dengan Fuad dalam masa terdekat dan mengakui masalah rumah tangga berpunca daripada kesilapannya sendiri.

Hantaran tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas satu jam dimuat naik, dan tidak dapat dipastikan sama ada ia dimaksudkan secara serius atau sindiran.

Screenshot

Artikel lain: Saya dah nak cerai dengan Fuad, saya curang dengan lelaki lain – Tom

Untuk rekod, Fuad dan Tom bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia, kini berusia dua tahun.

Sumber: FB King Tom

Scroll to Top