“Saya Dah Nak Cerai Dengan Fuad, Saya Curang Lelaki Lelaki Lain” – Tom

“Saya Dah Nak Cerai Dengan Fuad, Saya Curang Lelaki Lelaki Lain” – Tom

Penyanyi Tom menjadi perhatian ramai apabila mendakwa bakal bercerai dengan suaminya, Fuad Rahman.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Tom mendakwa masalah rumah tangganya berlaku disebabkan kecurangannya dengan lelaki lain. Tom turut meminta agar tiada pihak yang mencarinya atau mengganggunya selepas ini.

BACA: Fuad, Tom Mahu Anak Jadi Ustazah

“Saya dah nak bercerai dah dengan Mohamed Fuad Fuad Rahman, sebab saya yang curang dengan lelaki lain.

“Aku besar punya permpuan gatal., semua salah saya. Dah jangan cari aku lagi, aku nak pergi curang sana sini lagi.

“Sesiapa nak ambil tmpat saya, silakan. Kitorang dah nak cerai, rugi tak adjust sebab suami saya tak bersalah dia baik,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah pun dipadam selepas sejam ianya dimuat naik dan tidak dapat dipastikan kesahihan hantaran berkenaan.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia kini berusia 2 tahun.


Scroll to Top