Kebiasaannya, muzik video lagu raya penuh dengan latar kampung dan suasana tradisi, kali ini lain pula pendekatannya. Ini apabila, lagu ‘Suasana Raya’ nyanyian Ernie Zakri dan Syamel tampil dengan konsep luar biasa dengan memilih Hong Kong sebagai lokasi penggambaran.
Kami pun rasa lebih teruja nak kongsi keunikan lagu raya ini sebab, team Oh! Media berpeluang ikut rapat proses penggambaran dekat sana. Pengalaman berada di lokasi membuka peluang melihat sendiri usaha di sebalik tabir sebuah muzik video raya berskala besar ini.
Ernie Zakri dan Syamel bawa konsep beraya di perantauan
Projek di bawah Universal Music Malaysia ini bukan sekadar memilih lokasi luar negara untuk cantikkan visual. Sebaliknya, ia dibina berdasarkan idea untuk membawa penonton merasai pengalaman beraya di tempat orang.
Untuk muzik video raya berjudul Suasana Raya, kerjasama dengan Tourism Hong Kong sambil nak tunjuk Hong Kong sebagai tempat shoot yang ada banyak tempat percutian menarik dan muslim friendly.- Kata Ernie Zakri.
Inisiatif ini turut memperkukuh kempen Jelajah Hong Kong yang diperkenalkan oleh Hong Kong Tourism Board, dalam mengetengahkan pengalaman mesra Muslim di seluruh kota tersebut.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, satu panduan khas untuk pelancong Muslim telah diperkenalkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, yang memaparkan pilihan hotel mesra Muslim, kemudahan surau, lokasi makanan halal serta cadangan itinerari menarik. Boleh tengok dekat sini je…
Pendekatan penceritaan muzik video ini juga lebih santai apabila kamera merakam bukan sahaja nyanyian, tetapi juga perjalanan serta suasana sebenar di lokasi.
Sambil-sambil nyanyi lagu raya, kami dipertanggungjawab untuk perkenalkan dekat rakyat Malaysia bagaimana muslim friendly-nya Hong Kong dan pelbagai attraction dekat sini.- Kongsinya lagi.
Penggambaran jadi lebih bermakna bila bawa anak bersama
Sepanjang penggambaran, antara cabaran utama yang menjadikan projek ini lebih bermakna ialah apabila pasangan ini membawa bersama puteri mereka, Nur Khawla Soleha atau mesra dipanggil Lala.
Kehadiran Lala menjadikan keseluruhan proses rakaman terasa lebih ‘real’ seperti sebuah pengembaraan keluarga bahagia, bukan sekadar set penggambaran.
Lala memang sangat enjoy. Ini kali pertama kami bekerja satu family sambil bawa Lala buat muzik video.- Katanya.
Ohmedia siap tanya Lala sendiri dia seronok ke tidak. Jawapan dia memang rock habis… Korang tengok la video bawah ni.
Menguruskan anak kecil sambil bekerja di luar negara pastinya memerlukan penyesuaian jadual. Namun mereka menganggap pengalaman itu sebagai cabaran yang mematangkan serta mengeratkan hubungan dengan pasukan produksi.
Pemilihan lokasi Hong Kong beri sentuhan visual berbeza
Beberapa kawasan sekitar seperti Ocean Park Hong Kong, Ngong Ping 360, Hong Kong Tram (‘Ding Ding’), Victoria Harbour, Temple Street, Kowloon Mosque dan Islamic Centre, dan Islamic Centre Canteen dipilih sebagai latar penggambaran. Gabungan suasana raya dengan landskap urban moden memberi kontras yang jarang dilihat dalam karya tempatan.

Kemudahan mesra Muslim seperti kewujudan masjid dan pilihan makanan halal turut memudahkan perjalanan kerja sepanjang berada di sana. Ini membantu mengekalkan keselesaan walaupun menjalani penggambaran di luar negara.

Kami datang ke Hong Kong bukan sekadar melancong, misi utama adalah berkongsi bahawa bandar ini kini sangat mesra Muslim. Dari lokasi shooting hingga makanan halal yang sedap, pengalaman ini membuka mata.- Katanya.
Secara keseluruhan, Suasana Raya bukan hanya sebuah muzik video bertemakan Aidilfitri tetapi satu eksperimen visual yang cuba membawa makna raya melangkaui sempadan. Korang kena tengok dan dengar sendiri lagu Suasana Raya ni, barulah dapat rasa apa yang Ohmedia rasa dekat Hong Kong.
Korang boleh layan Suasana Raya dekat bawah ni
Pssttt! Apapun Ohmedia rasa tak kisah di mana pun korang berada, semangat raya tetap boleh diraikan asalkan nilai kekeluargaan dan kebersamaan itu kita jaga. Kadang-kadang pengalaman di tempat orang itulah yang jadi kenangan paling bermakna.
Kredit: Oh! Media
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!










