Oh! Islam
JAKIM jelaskan dakwaan snek Korea Selatan ada ramuan berasaskan babi, produk tidak pernah disahkan halal.
Kecoh di media sosial apabila timbul dakwaan kononnya terdapat ramuan berasaskan babi dalam snek popular dari Korea Selatan.
Isu ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna Muslim di Malaysia. Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil mengeluarkan kenyataan media rasmi bagi menjelaskan perkara sebenar.
JAKIM tegaskan produk tidak pernah disahkan halal

Dalam kenyataan tersebut, JAKIM memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan kewujudan ramuan berasaskan babi dalam snek import dari Korea Selatan seperti yang dilaporkan beberapa akhbar utama pada 27 Februari 2026.
Menurut kenyataan itu lagi, produk berkenaan tidak pernah diperakui halal oleh JAKIM. Malah, ia merupakan produk import dan tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh JAKIM pada label pembungkusannya.
Kenyataan penuh:
JAKIM turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memilih produk yang mempunyai pensijilan halal sama ada daripada JAKIM atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.
Pengguna juga disaran lebih berhati-hati dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Selain itu, sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan logo halal pada produk yang tidak halal, orang ramai digesa membuat laporan segera kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Pssttt! Isu halal bukan perkara kecil bagi umat Islam di Malaysia. Dalam lambakan produk import di pasaran, sikap berhati-hati dan menyemak logo halal yang sah memang sangat penting. Jangan terlalu teruja dengan produk viral sehingga abaikan soal status halal. Lebih baik semak dahulu sebelum beli.
Kredit: JAKIM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




