Tular di aplikasi Threads, seorang wanita tampil mendedahkan pengalaman kurang menyenangkan apabila dipelawa oleh seorang jurugambar untuk menyertai satu sesi fotografi dengan tema yang agak meragukan.
Mahu tema ‘modern muslimah’ tapi tak mahu terlalu muslimah?
Dalam tangkap layar yang dikongsi, jurugambar berkenaan memaklumkan mahu konsep ala muslimah moden, namun tidak terlalu menutup aurat seperti kebiasaan konsep muslimah yang bertudung labuh dan menutup dengan sempurna.

Malah, dia turut menyatakan tidak kisah mengenai outfit sama ada baju raya atau kasual, asalkan bukan terlalu muslimah.
Ini lah contoh photographer yang sebenarnya shoot untuk cuci mata / stock utk malam dia, baru tahu rupanya ramai jadi mangsa si modern muslimah ni eh – katanya
Susulan itu, wanita terbabit berasa kurang selesa dan beranggapan sesi tersebut bukanlah benar-benar untuk tujuan profesional, sebaliknya sekadar mahu melihat tubuh wanita itu.
Wanita lain dedah pernah alami perkara yang sama
Menerusi hantaran tersebut juga, seorang wanita berkongsi pengalaman yang sama dari jurugambar yang sama.
Menurutnya, permintaan yang dikemukakan selepas itu semakin pelik dan tidak wajar, sekali gus membuatkan dia berasa kurang selesa untuk meneruskan kerjasama itu.

Perkongsian tersebut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang menasihatkan agar wanita lebih berhati-hati sebelum bersetuju dengan mana-mana tawaran sesi fotografi.
Pssttt! kepada kaum wanita tolong berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran photoshoot, pastikan konsep, pakaian dan tujuan dinyatakan dengan jelas serta elakkan berurusan dengan individu yang menunjukkan sikap atau permintaan meragukan seperti ini.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.




